Kita sebenarnya lebih hebat daripada pemain profesional


16 Julai 2011,

Sekarang perlawanan antara Liverpool dan Malaysia yang disiarkan di Astro Arena 801. First of all aku bangga team Malaysia dapat sumbatkan gol. Menjerit-jerit jiran rumah sebelah aku sebab terlalu excited. Aku ingatkan ada perompak masuk ke apa. Muahaha. Aku tepuk tangan je. Tak ada jerit-jerit ni. heh.

Bila tengok bola je, aku tengok ramai penonton mengeluh, excited dan ada jugak yang marah-marah sebab tak puas hati dengan pemain-pemain bola sepak tersebuuuuuut..Sampai ada yang baling remote control, kerusi makan akibat terlalu bengang sebab pemain tu tak ikut cakap dia.


"Apa la...kan aku dah cakap sepak la kuat sikit baru masuk gol"

Macam la pemain tu dengar.



"Sepatutnya dia blablabla...lepas tu blablabla....baru la betul!"

Boleh mohon kerja sebagai jurulatih bola sepak.



"Aduh.........tak ada skill betul la goalkeeper ni"

Waah....skill anda harus digunakan bagi menggantikan pemain yang tak ada skill tu.



......dan macam2 lagi.


Hebat betul yang tonton bola tu. Pendapat yang sungguh professional. Kalau suruh ganti pemain2 sedia ada tu gerenti terkenal lah! I'm not being sarcastic. Betul la kan, teknik2 yang diberikan tu boleh membantu pasukan bola tu menang.

Ehem2. Emosi kita masa tengok satu2 cerita or apa-apa je memang akan menganggu. Rasa geram tu memang akan datang. Sama la macam kita tengok drama, bengang gila time betina perempuan gedik cuba merampas hak orang lain. Mesti kita benci gila-gila sampaikan kat pelakon tu pun kita jadi tak minat. 

Tapi sekarang penonton dah pandai nilai kan. Cuma bola sepak ni je la aku masih belum jumpa yang tak berapa nak emo. ada ke? kalau ada habaq mai..cek nak tepuk tangan sebab anda berjaya menahan emosi.

Okay I'm done. daaaa.....................................



p/s: mata ku kabur....perlu berehat. yang request nak design tu harap bersabar eh. cik blog nak berehat seketika. I will start the activity again on monday dengan izin Allah.

9 comments:

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah