5 terpantas akan dapat lukisan excel secara percuma

2.13 pm :  Pengumuman! 5 blogger dah berjaya di temui! tahniah kepada korang! Sila bagi gambar terbaik anda kepada saya di fb ataupun di page dengan kadar yang segera!.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri semalam memang dingin tapi abaikan sebab hari ni sangat teruja nak bagitahu kat anda anda dan anda semua yang aku akan bagi lukisan korang yang direka menggunakan excel macam ni,



heedayah - kawan aku




ni tak kenal. main lukis je




ni wanita bergaya yang aku reka khas untuk pemilik blog Zarini Fashion Gallery
sekali dengan full design template blog beliau (sempat lagi promote.hehe)





ni adeeb. seorang blogger. Saja suka-suka lukis gambar dia




 Ni kawan aku cik amalia. Dia request untuk lukiskan gambar dia




Ini korang agak-agak siapa? Cam ke tak? Cuba la teka eh. Kalau betul memang terer lah dan secara automatik aku pun terer sebab berjaya lukis guna excel dengan jayanya. heee. *ferasan



Aku pun tak tahu dapat sambutan ke tak, buat ni pun sekadar suka-suka sambil tu nak mengubat hati yang lara.bahahaha. Hanya kepada mereka 5 terpantas sahaja. Cepat-cepat. Tak perlu buat entri. Cuma kena cepat komen ayat "Dani comel, baik hati, saya nak!!"

Ok. Tak perlu pun sebenarnya. hehe.

Resipi Moist Chocolate Cake sempena Ramadhan






Resipi ni memang wajib di cuba sebab sangat sedap. Kakak aku dah buat banyak kali and sekejap je kitorang telan. hehe. Gambar di atas ni adalah hasil air tangan kakak aku.. Er...aku tolong jugak, tolong tengok dan makan. Cuba la hias macam ni. Hiasan kat atas kek tu wajib digantikan dengan buah ke or apa2 je. JANGAN LETAK MANIK yang boleh di makan tu, sebab tak elok untuk kesihatan. Jom tengok apa yang diperlukan untuk kek ni.


Bahan A:
100 gram serbuk koko
250 gram gula pasir
1 tin susu cair Ideal
200 gram minyak masak
250 gram susu pekat manis Dairy Champ


Bahan B:
150 gram tepung superfine
1 sudu kecil penuh soda berkarbonat
1 sudu kecik penuh berpowder
4 biji telur gred B
1 tudung pati coklat


Cara-caranya:
Bahan A di masak sehingga gula sebati. (api perlahan)
Kemudian biarkan bahan tadi menjadi suam dan masukkan 4 biji telur. (dimasukkan satu persatu)
Pukul bahan tadi menggunakan senduk dan masukkan bahan B yang telah di ayak kemudian kukuskan.
Kukus selama 15 minit
Setelah selesai kukus, tuangkan ke dalam bekas dan tuangkan topping (coklat bar yang dicairkan) ke atasnya.
Hiaslah mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

Segmen : Lagu sedih



Teringin nak join segmen menarik daripada adamainaa so tanpa banyak cekadak, aku terus sediakan entri ni. Sebelum tu meh nak explain sikit fasal segmen ni bagi yang belum tahu. Segmen ni suruh korang share lagu sedih tapi tak semestinya lagu putus cinta je. Apa-apa lagu sedih yang mengimbai kenangan lama la. So sila layan lagu sedih aku ni ok. Sobs sobs. Meleleh hingus.





Sedih nak cerita tapi cerita jugak la. hik. Lagu ni mengimbau balik kenangan aku dengan si dia yang masa tu dah terjadi satu salah faham sebab ada orang-orang tertentu yang buat cerita, kononnya aku macam ni la itu la. Jenuh nak explain hal sebenar tapi orang2 tersebut bersungguh gila buat cerita so terpisah la untuk beberapa ketika. 

Lirik yang paling aku suka dalam lagu ni semestinya part perempuan la kan,

Yeah, what did I do but give love to you?  
I'm just confused as I stand here and look at you 
From head to feet, 
all that's not me  
Go 'head, keep the keys, that's not what I need from you
You think that you know (I do)  
You've made yourself cold (Oh yeah)  
How could you believe them over me, I'm your girl
You're out of control (So what?) 
How could you let go? (Oh yeah) 
Don't you know I'm not attached to material?


Ceh ceh.. Bila layan lagu ni memang sejibik la kena kat aku sebab tu melampau layan sambil termenung tepi jendela. Kih3. Sekarang semuanya dah ok tapi lagu ni tetap aku layan sebab dah alami benda tu plus lagu ni sodap.

Meleleh hingus bila teringat balik.

Sesiapa nak join sila klik di gambar okies :>

Kisah ketika Terawikh

Mak, kakak, adik, dua orang anak dara jiran yang menyewa sebelah rumah dan aku, berjalan ke surau lepas berbuka. Serius aku tak larat nak jalan sebab mentekedarah banyak.

Buruk benor perangai. Tapi aku gagahkan juga ke surau untuk menunaikan solat terawikh. Nampak bagus di situ. hik.


Sampai je kat surau, mak terus ke saf hadapan. Kitorang kat saf belakang. Ada sorang makcik ni memang tiap2 kali terawikh dia akan bawak anak perempuan dia yang berumur lebih kurang 4 tahun.


Tak salah nak bawak anak, cuma menganggu orang nak solat sebab anak dia ni berlari sana-sini bila orang tengah solat. Macam mana nak khusyuk?


Masa tengah solat tu memang budak tu berlari-lari buat iklan depan kitorang. Serius aku takut masa nak rukuk, dia lalu ke, tak ke berlaku eksiden? Sepanjang solat tu memang doa jangan lah budak ni lalu masa aku nak rukuk or sujud.


Syukur alhamdulillah tak ada eksiden. Masa sujud tu aku nampak ada bayang-bayang macam budak ni nak lalu. Eeeii nak je aku tarik kaki budak tu bagi jatuh.


Masa tahiyat akhir, budak bertuah ni lalu lagi. Tiba-tiba dia duduk atas riba salah sorang jiran sebelah rumah aku tu. Memang tak tertahan dah waktu tu tapi usahakan jugak selesaikan solat terawikh. Lepas je bagi salam terus kitorang,



Hahahahahahahahahhahahahaha!!!




p/s : Makcik....tolong jangan bawak anak makcik ye. Kesian kitorang nak khusyuk solat.

Kentucky Fried Chicken Malaysia vs Khairul Fahmi Che Mat



Isu video staf kfc yang buat hal beberapa tahun dulu dah reda kot. #ehyeke? Bila tengok video tu sangatlah loya nak termuntah sebab kotor. Tapi benda tu kes lama, tahun ni baru la nak gempak cerita tu. Sedikit sebanyak dah gugat sikit kot kfc tapi aku tengok masih ramai makan ketika lunch hour. So, tak kisahlah. Harap tak ada lagi kes macam tu.





Kfc yang seterusnya ni pun sangat hos isunya. Betul ke Khairul Fahmi Che Mat curang? Nak menyalahkan mana-mana pihak tak boleh sebab kita tak tahu cerita sebenar yang sahih. Sebelah sini cakap dia salah, sebelah sinun pulak lain cerita.

Kepada elia yakni tunang kfcm, berdoalah banyak-banyak semoga dugaan yang menimpa tu dapat dilalui dengan sabar. Pehhh...menasihat tu memang senang kan, yang laluinya tu tak terbayang perasaannya. Apa pun, memang nasihat suruh sabar tu je yang mampu dilakukan untuk tenangkan hati si mangsa. Eh mangsa? Tak ada kaitan.

Wanita yang dikatakan ada hubungan dengan kfcm tu pulak, aku tak boleh la nak judge dia sesuka hati sebab tak tahu perkara sebenar, dan salah siapa. Siapa yang menggedik, melayan, memfitnah semuanya kita tak tahu. Kalau betul dia yang cuba kacau tunang orang tu, memang aku nak sembur ayat ni,




"Murah betul la kau ni wahai wanita...rupamu cantik, usiamu muda, kulitmu licin, akal ada tapi kenapa diletakkan kat lutut sampai sanggup ganggu hubungan orang semata-mata nak dapatkan lelaki hot. Berapa kali dah bagitahu kat internet, surat khabar, lagu2 yang bagitahu tentang what goes around comes around dan segala-gala benda yang akan datang balik kat orang buat naya. Janganlah merendahkan martabat seorang wanita yang ada maruah. Once kau kacau hubungan orang lain, berdouble2 datang ganggu kau balik."





Dugaan orang bertunang memang banyak. Faktor kental memang penting untuk lalui dugaan tu dengan jayanya. Aku sendiri pernah kena. Sedang bahagia melayari hari-hari indah bersama si dia tiba-tiba datang si kambing yang cuba memfitnah dengan macam-macam cerita.

Dengan penuh kesungguhan memfitnah, penuh suspen dan sangat real, dah buat hubungan masalah. demm ah kau perempuan. Tapi alhamdulillah keadaan kembali kepada asal tak lama lepas tu, dan si kambing tadi sebenarnya mengalami masalah mental. Dia mengaku lelaki tu tunang dia and macam2 lah sampai sanggup buat benda jahat.

So, hati2 dan siasatlah betul2 untuk elak daripada kehilangan orang tersayang. Fitnah ni lebih teruk daripada membunuh sebab boleh menghancurkan kehidupan orang lain sekelip mata sepanjang hayat kalau tak disiasat. Jangan terburu-buru buat keputusan. Memang hati perempuan ni sangat2 terluka kalau dengar pasangan ada perempuan lain ke apa ke, tapi jangan sekali-kali hukum pasangan. Siasat!



p/s : pesanan daripada yang berpengalaman. ceh ceh ceh.

Perubahan bila Ramadhan



Sebelum datangnya Ramadhan.

Si polan : "Saya pakai macam ni sebab saya selesa. Suka hati la nak pakai apa pun. Bukan awak tanggung dosa saya."

Si polan dua: "Kubur lain-lain kan"

Si polan tiga: "Hey, jangan jugde keimanan saya sebab pakaian je,yang bertudung tutup aurat pun buat maksiat."


Pandangan yang secara tak langsung menolak hukum Allah. Wajib tetap wajib. Doa je la kita semua jadi lebih baik kan.












Masa puasa, pakaian kena la tutup sikit untuk menghormati bulan puasa yang sangat mulia itu. Tapi kenapa di bulan-bulan yang lain tak buat macam ni? Maksudnya tak perlu hormat ke bulan-bulan tu?












Sebelum start puasa memang banyak asap dapat dilihat di mana-mana. Baik laki mahupun perempuan. Berapa kali dah cakap rokok tu bahaya, tolong stop slow2.












Bila dah start puasa, rokok kena la tinggalkan buat sementara waktu. Time puasa je kita boleh tengok orang tak merokok. Kang batal puasa pulak. Lepas tu kena tanggung dosa sebab buat benda yang membatalkan puasa. Tapi lepas berbuka, start balik fuh fuh.




Terus berbuat kebaikan dan menambah amalan bukan masa puasa je, tapi bulan-bulan seterusnya. jugak Peringatan ni pun untuk aku. Tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab suasananya best, dapat makan sedap2 time buka puasa. Muahaha. Rancangan kat tv paling dinantikan, Ketuk-ketuk Ramadhan and buat kuih raya.






p/s: mencari idea menghasilkan template menarik dan unik

Resipi mata


Resipi memasak mata hari ni requested oleh cik tiqah pemilik blog Budak Sekolah yang seriously comel gila blognya. Blog yang simple, cute, pink lembut tu memang sedap mata memandang. Okay ni bukti cik tiqah dah buat permintaan untuk tahu rahsia turun temurun aku ni. ceh.



Jadi, aku pun sediakan resipi ni khas untuk korang semua untuk menghasilkan doodle idaman. Resipi mata doodle ni haruslah dilakukan dengan cara bersahaja sebab it is too simple dan mudah. Nak tahu resipinya? Mari dekat mari dekattt....






Bahan-bahan boleh didapati di giant dan pasaraya berhampiran.











Pastikan groupkan untuk Line yang nombor 5 tu dan copy paste untuk dapatkan bulu mata sebelah mata lagi. So tak perlu la nak draw berulang kali. Leceh.









Dah siap! Senang tak? Cer cuba cer cuba.

Watak kartun yang di reka menggunakan excel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. huu....hari ni baru dapat update mengenai excel. Macam entri sebelum ni aku ajar teknik buat doodle cara basic. Hari ni nak tunjuk pada korang semua watak kartun yang aku reka semalam menggunakan microsoft excel 2007.

Hanya menggunakan imaginasi, tools (curve sahaja) aku dapat hasilkan watak yang best bagi aku. Sebelum ni aku tak buat tempahan watak kartun tapi mulai hari ni sesiapa yang nak, boleh la tempah eh. RM5 per item.

Jom tengok.






Karakter wanita yang bekerjaya, pergi dinner, dan bersantai2









Lelaki yang sama macam di atas, bekerjaya, Smart wo. Sebelahnya tu,lelaki tadi yang menghabiskan masa bermain bola di waktu petang. lepas kerja 5.30 petang????? Rajin betul.












Aku paling suka watak yang aku reka black girl tu.hehe. Aku reka macam ni sebab saja nak tunjukkan betapa diri tu sedih mengenang dosa lalu. heh.

Simple je entri hari ni sebab kesibukan melanda diri.

Tutorial make your own doodle using microsoft excel 2007

Hari ni dengan agak segan silu nak ajar korang buat doodle guna excel. Aku memang tak ada tablet and paint SAI yang boleh buat doodle secantik Ain zulaikha dan lain-lain so excel lah yang aku boleh share kat korang. Harap suka ok.

Permintaan tutorial doodle diminta oleh cik nin a.k.a Elyana. Ha mari belajar deh. Ada sembilan langkah-langkah. Nak jugak print screen kan. hahahahahak.



Lets start the tutorial. Aku memang tak pandai ajar orang dan kalau tak berapa nak clear tu diharap bertanya la ye.

Step one:










Step two:











Step three: 











Step four:











Step five:


Nak guna bulan sabit pun boleh. Bentuk lebih kurang je.









Step six:


Tolong..tak nampak...gelap je.....









Step seven:












Step eight:


eh cantik ke? ngeh3










Step nine: LAST


Jangan lupa groupkan semua bentuk tu untuk copy paste ke paint. click je crtl+hold your click ke semua bentuk one by one.

















dan jadilah coco crunch!! eh silap. jadilah simple doodle!




Jadi la jugak kan? cer cuba cer cuba.

dan doodle tambahan. Ha boleh jugak jadi macam ni...baru buat tadi.


rekaan seratus peratus nurdani

Kalau servis macam haram...


Macam biasa kalau malas nak masak memang kitorang satu family dengan keluarga pakngah akan keluar makan kat pantai. Makan ikan bakar dekat pantai remis, selangor. Seronok makan mengadap pantai. Walaupun gelap gelita dan tak nampak ombak tapi boleh la dengar desiran ombak yang menyamankan jiwa. Cewah.

Lepas parkir kereta, terus pergi cari meja kosong. Tak la ramai sangat orang malam tu. Mula-mula nak pergi restoran sebelah sinun tapi hari tu saja nak tukar angin, so pergi la ke sebelah sini. Dah dapat meja, datang waiter lelaki muda minta order.


Tomyam seafood, ikan siakap bakar, ABC, nasi putih untuk 10 orang, sayur kailan untuk 6 orang blablabla...


Beberapa belas minit kemudian, air tak sampai-sampai. Selalunya air datang dulu. Mungkin sebab terlalu "ramai" pelanggan sebab tu lambat kot. Heh. Tapi makin lama pulak menunggu ni. Last-last pakngah aku yang tolong pergi ambil air. Sebenarnya air dah lama siap, cuma waiter tu sangat "laju" nak hantar. Nasib baik pakngah aku rajin nak mengambiknya.

Tunggu pulak makanan...adoi sungguh lama. Mak aku dah start bengang. Mak panggil waiter lelaki tadi.


"Mana makanan? lama dah kami tunggu ni dik"


"Sabar la.....ramai customer. bukan akak sorang je."


Pehhhh......menyirap mak aku dengar kata-kata anak muda itu. Masa tu aku tak dengar. Nasib baik Allah elak aku daripada dengar,kalau tak, memang kau makan kata-kata pedas aku ni la. Kurang ajar bahasa dia.


Lepas dah hantar makanan, memang mood semua orang terganggu la. Dah la lambat, sudu, garfu and straw pun tak di bagi. Macam biasa la, pakngah aku jugak yang pergi ambil semua peralatan tu, sampaikan customer lain yang baru datang pun panggil pakngah untuk amik order. hahahaha. Tengok! betapa cekapnya pakngah aku melayan banding dengan pekerja2 yang ada. Malu tak wahai pekerja2 sekalian?. Jumlah customer pun bukanlah ramai sangat...


Setel makan, bayar, terus blah. Membawa hati yang terguris. Memang tak akan jejak ke restoran tu lagi. Lebih baik ke restoran sinun. Makanan sedap, servis tip top.



p/s: Restoran nampak tak elok sebab atittude pekerja yang macam ni.

Doodle excel


Baiklah semua..doodle ni bukan doodle comel yang korang pernah tengok. haha. Aku saja buat sebab nak tengok ok ke tak. Buat tanpa guna tablet, paint SAI or whateva software yang ada lah. Tahu aku guna apa? ehem2! Microsoft Excel 2007.

Itu je lah mampu aku buat ye kawan-kawan semua. Once aku dah dapat tablet sendiri nanti, baru lah nak try buat doodle yang ada identiti tersendiri. Er..doodle atas ni pun tersendiri jugak cuma tak berapa kemas and gempak lah kan.

Buat ni pun tengah tangkap muat je. Kelam kabut. Dengan mouse yang buat hal so terpaksalah aku guna touch pad je untuk gerakkan curve. Aduhai...leceh la jugak. Tapi apa pun aku bangga sebab ada jugak rupa doodle tuh. Heheh.

Doodle comel tahap gajah memang boleh dilihat di blog ISTANA CINTA, KERANA MANISNYA EPAL , DOODLELICIOUSS , ZUREEN SUKA SUSHI dan BELOG CAP AYAM. Ini je kot yang aku tahu.

Untuk blog cik zureen, korang boleh buat aktiviti uji minda. Kreatif dalam flash. Jeles ni.




p/s: mataku bengkak lagi..ada interview next week.harap mata ni cepatlah kecut. kecut perut nak temuduga ni!

Spontaneuos Thursday #2






Expect for the worst!
















Tolong buang perkataan "je......."


"Anak saya nombor dua tu belajar kat universiti di Kanada. Seronok katanya kat sana. Anak awak belajar mana?"


"Si Milah belajar kat UM."


"Anak yang bongsu tu dekat UiTM je........"


"Dia belajar kat kolej je......"


Perbualan di atas adalah kejadian sebenar.


Kenapa suka benor cakap "je........." di akhir kata-kata itu? Heh.Tempat belajar tu tak layak ke untuk dibanggakan? Bagi aku semua IPT sama je. Ada yang SPM dapat 8A tapi masa UPU dia tak dapat masuk mana-mana uni. Akhirnya rezeki dia di intake kedua UiTM. Ada jugak yang result bagus, memang layak dapat IPTA tapi tak ada rezeki. Dia sambung belajar di kolej.

Dua hamba Allah yang pandai ni akhirnya jadi budak dean list. Benda paling penting ialah kesungguhan belajar sampai berjaya, dan bukan berada dekat uni terbaik tapi apa pun tak ada. Masing-masing ada rezeki yang dah ditetapkan Allah. Jangan la beza-bezakan seseorang hanya kerana tempat belajar.

Memang la mereka yang dapat tempat di uni terbaik tu bertuah sebab memang terbukti diorang ni bijak. Tapi itu tak bermaksud mereka yang belajar di kolej or whateva tempat selain uni terbaik tu tak terbaik. Macam aku cakap tadi,rezeki.

Ada yang meletakkan sesebuah tempat belajar di tempat terbawah sekali. Sampaikan mereka yang belajar kat situ di pandang sebelah mata. Pelajar-pelajar yang dipandang rendah tu lah banyak yang berjaya dapatkan segulung diploma,ijazah dan seterusnya dapat kerja yang bagus-bagus.

So, bagi pendapat peribadi aku, mana-mana kita belajar sama sahaja.. Jangan dibeza-bezakan sebab kita punya matlamat yang sama iaitu "from someone to be somebody".

Belajarlah di mana pun janji ada pengiktirafan. Kejayaan semuanya atas diri kita. Biar orang pandang rendah, tapi jangan cuba pandang rendah pada diri sendiri. Heh. Ini semua pandangan peribadi. Memang semua orang tak punya pendapat yang sama, tapi renung-renungkanlah. Wasalam.

Kita sebenarnya lebih hebat daripada pemain profesional


16 Julai 2011,

Sekarang perlawanan antara Liverpool dan Malaysia yang disiarkan di Astro Arena 801. First of all aku bangga team Malaysia dapat sumbatkan gol. Menjerit-jerit jiran rumah sebelah aku sebab terlalu excited. Aku ingatkan ada perompak masuk ke apa. Muahaha. Aku tepuk tangan je. Tak ada jerit-jerit ni. heh.

Bila tengok bola je, aku tengok ramai penonton mengeluh, excited dan ada jugak yang marah-marah sebab tak puas hati dengan pemain-pemain bola sepak tersebuuuuuut..Sampai ada yang baling remote control, kerusi makan akibat terlalu bengang sebab pemain tu tak ikut cakap dia.


"Apa la...kan aku dah cakap sepak la kuat sikit baru masuk gol"

Macam la pemain tu dengar.



"Sepatutnya dia blablabla...lepas tu blablabla....baru la betul!"

Boleh mohon kerja sebagai jurulatih bola sepak.



"Aduh.........tak ada skill betul la goalkeeper ni"

Waah....skill anda harus digunakan bagi menggantikan pemain yang tak ada skill tu.



......dan macam2 lagi.


Hebat betul yang tonton bola tu. Pendapat yang sungguh professional. Kalau suruh ganti pemain2 sedia ada tu gerenti terkenal lah! I'm not being sarcastic. Betul la kan, teknik2 yang diberikan tu boleh membantu pasukan bola tu menang.

Ehem2. Emosi kita masa tengok satu2 cerita or apa-apa je memang akan menganggu. Rasa geram tu memang akan datang. Sama la macam kita tengok drama, bengang gila time betina perempuan gedik cuba merampas hak orang lain. Mesti kita benci gila-gila sampaikan kat pelakon tu pun kita jadi tak minat. 

Tapi sekarang penonton dah pandai nilai kan. Cuma bola sepak ni je la aku masih belum jumpa yang tak berapa nak emo. ada ke? kalau ada habaq mai..cek nak tepuk tangan sebab anda berjaya menahan emosi.

Okay I'm done. daaaa.....................................



p/s: mata ku kabur....perlu berehat. yang request nak design tu harap bersabar eh. cik blog nak berehat seketika. I will start the activity again on monday dengan izin Allah.

Keputusan UPU akhirnya terjawab


Berdebar jantungku menanti saat2 keputusan UPU keluar hari ni. Daripada tadi aku belek laptop ni tanpa jemu,terus jari jemari yang comel ini menaip laman web rasmi UPU. Ku isi kad pengenalan dan nombor kad matrik lalu ku tekan enter.


Paaaaaaap!!!!!!!!


Terkeluar la universiti mana yang dah dapat. Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan Bioteknologi. Pergh! Jauh gila adik aku merantau nanti. muahahaha. Bukan aku yang nak sambung belajar tapi adik aku cik stanza cinta. Punya la excited macam aku pulak yang dapat.

Family aku ni mana pernah keluar semenanjung, tiba-tiba adik aku pulak dapat ke sana,apa lagi....terus nak check ticket berapa, hotel and macam-macam lagi. Seronok la adik aku dapat merantau jauh. Dah la uni tu cantik gila plus jurusan yang dia dapat tu terbaik.

Mak aku suruh tunggu rumah masa hantar adik ke sarawak. Sobs sobs...tak dapat ikut tengok bumi kenyalang. Teringin nak naik kapal terbang. Sangat jakun. Hahahahahahahha.

Ehem2. Tahniah eh kepada yang dah dapat U dan jurusan pilihan masing2 walaupun ada yang dapat jurusan jauh menyimpang dari pilihan kursus.

Tenang jiwa

Halu-halu!!!! Entri hari simple dan ringkas je (heh macam la entri2 sebelum ni panjang berjela). Alhamdulillah tadi dah setel siapkan blog comel Epilog cinta kita milik Mr. and Mrs. Farhan. Pemilik blog ni minta blog yang berwarna lembut so aku bagi warna biru laut. Mula-mula aku set warna merah hati tapi katanya warna tu terlalu terang. Plus dia tak suka warna terang. So terus aku tukar ke warna lembut.


Doodle comel yang ada kat header and footer tu daripada pemilik blog sendiri. Comel.




Ini cuma draft je. Sila klik gambar untuk terus ke blog tersebut.

Pengiklanan Percuma Selama 2 Minggu di Blog Mohd Zakwan!

Aku join segmen ni sebab nak blog tak seberapa ni dikenali dan mengenali bloggers yang lain. So orang lain pun boleh tahu kewujudan blog younique ni. Heh. Mukadimah yang simple dah habis so kita teruskan kepada syarat-syarat segmen ni okies.



Syarat2nya :


2. Like Fanpage blog Zakwan di [Facebook] untuk memudahkan maklumat mengenai segmen ini disampaikan.Like entri ini juga

3. Buat satu entri bertajuk "Pengiklanan Percuma Selama 2 Minggu di Blog Mohd Zakwan!"

4. Di entri tersebut, sila letak header blog ini dan direct link ke entri ini.




5. Dah siap entri ? Hantarkan URL entri anda di ruangan komen di bawah post zakwan

**Perhatian : Hanya 4 ORANG sahaja yang akan dipilih untuk diiklankan. Pemenang dipilih secara random dengan menggunakan website random.org. Segmen ini akan ditutup apabila ramai yang dah join . Harap Maklum **

UPDATE : 4 Orang yang terpilih bukan sahaja akan diiklankan di blog Zakwan selama 2 minggu (percuma), malah website mereka juga akan DIREVIEW oleh Zakwan .Good Luck ye !

UPDATE LAGI : 4 Orang yang terpilih akan diletak di bloglist Haris Kaito.

Sudah ada page sendiri nampaknya

Hahahahahahahaha. fuh....baru tadi aku buat page untuk blog aku dan terus aku nak promote kat korang yang sudi like dan memeriahkan page aku. Bagi sesiapa yang nak tempah design blog dengan header dinasihatkan untuk like the page sebab senang korang untuk dapat draft blog or apa-apa pertanyaanlah.

Dengan tak malunya aku mengajak korang untuk like page AKU. Terima kasih banyak-banyak. Ini je info untuk hari ini. Selamat beramal.

Tak pernah naik motorsikal

14 Jun 2009.

Hari ni panas terik. Banyak dokumen nak kena fotostat dan taip. Mata dah lebam macam panda yang tengah mengantuk sambil terlentok2 kepala dekat pokok buluh. Badan dah start lemah. Argh...kena pekena kopi dulu. Tengah syok-syok mengacau air kopi dalam cawan, datang si mamat paling annoying kat ofis ni.



"Weh, nanti habis kerja, aku nak tumpang eh. Kereta aku rosak lah. Masuk bengkel"




"Ko nak ke naik motor capuk aku tu?"


"Sebolehnya aku tak nak,tak biasa tapi dah terpaksa..aku naik jugak lah. Kalau nak naik teksi, tambang mahal dol. Tumpang ko mesti free je kan? hiks."



Damn.



Tepat pukul 5.30 petang, dia dah ready tunggu kat motor aku. Siap pakai helmet aku pulak tu! Terpaksalah aku rembat helmet yang ada kat ofis. Aku malas nak berdebat dengan dia sebab dia ni pandai putar belit fakta. Daripada buang masa, baik aku buang angin je. Arggh....lega.......


Masa tengah bawak motor tu, dia ni memang tak duduk diam. Memang tak balance la motor aku. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Duduk diam2 la!


Yang ni aku memang tak tahan. Geli geleman. Aku tak suka orang meludah merata-rata ni tapi dia nak jugak meludah. Lantak kau lah.


"Ppppppttuih!!"



Lepas meludah, tiba-tiba dia menjerit. Eh apasal pulak mamat ni. Tengok2...........penuh ludahan dia kat penutup helmet. pppfffttttt..........................................................................T_T"



Lain kali jangan naik motor dengan aku. Aku merayu.

Amanat yang mungkin terakhir

Sedang seronok mengorek hidung melayan lagu kat handphone, tiba-tiba hati macam tak senang. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tiba-tiba rasa takut, sedih and macam-macam lagi. Bila datang perasaan macam ni, memang satu je aku fikir. Mati. Kadang-kadang tiap-tiap malam aku jadi macam sukar bernafas. Siap mengucap siap-siap sebab nak mati dalam keadaan beriman. Takut weh.

Alhamdulillah umur aku masih panjang walaupun pernafasan memang agak teruk. Makan seafood, jangan harap engkau dapat la dani.. Terpaksa lah menjeling-jeling je.

Em..kalau esok lusa aku tak ada, mesti blog aku suram suriram ram ram kan. Pergh. Aku rasa nak bagi password siap2 dekat adik aku. Eh eh eh.... apa fasal aku buat entri ni? nak traffic? Bukan. Dah nama pun personal blog so suka hati teman le nak menaip apa pun selagi idok menghina kalian. kan? tersensitip pulak aku.

Wah..terasa bahagia bila ada yang suka design tak profesional aku tu. Tersenyum seketika. Banyak lagi order yang aku dapat. Alhamdulillah. So korang2 diharap bersabar. Line internet sangat laju macam siput. Terima kasih eh sebab suka. Aku lagi suka +++++ !!




p/s: hem..........................................adakah.....adakah....kah3. Baru baik demam da..

Jenis rekaan belog 100% daripada aku

Di bawah ni antara jenis-jenis design blog yang aku design sebagai contoh kepada anda yang berminat untuk dapatkan rekaan blog boleh bagitahu ciri-ciri yang diingini. Huh...ayang sempuuuut......menaip sampai tak ada titik, koma. Heh. Usha2 la eh. Korang dinasihatkan untuk add ym aku ckecikcomeldani@yahoo.com dan juga email. Kadang2 nak reply tak boleh,so kita bincang guna ym pun ok kan. Tolong bagitahu di shoutbox jugak eh.







dan di bawah ni pulak blog yang aku design khas untuk blogger











amacam encik samurai? aku buat simple je..jangan mengharap yang profesional. aku masih belajar



Sekian.........................

Teksi

Memang celak...  hampeh betul saat-saat genting macam ni kereta buat hal. Mengeluh sambil tendang tayar kereta bajet nak tiru gaya dalam drama. Aku ambil handphone, terus cari contact number teksi berdekatan. Huh...sebelum nak kol pun aku mengeluh lagi sebab tambang sah2 mahal.

Setengah jam perjalanan dari A ke B pun dah kena RM45. Tapi yang peliknya baru-baru ni aku naik teksi dari A ke C, kena cas RM30 je. Kenapa A ke B RM45 sedangkan A ke C boleh berkurang?

Malas berkira-kira tengah panas tu, aku kol jugak tempat teksi. Duit dalam purse cuma ada RM50. Harap-harap tak kena cekik darah. Kalau kena, aku cekik kau dulu.

Dalam 15 minit tunggu, teksi sampai. Terus aku naik, rehatkan kepala.



"Pergi mana dik?"




" aghytdfredk , pakcik".


Aku ni jenis berwaspasda sikit. Sepanjang jalan aku tengok arah mana pemandu ni ikut. Aku abaikan kepenatan aku demi keselamatan. Haih.....sah! Pemandu ni memang nak buat hal. Dia masuk jalan lain. Bajet aku tak tahu jalan la eh..


"Pakcik nak ke mana ni??". Konon tanya macam blur




"Ini jalan dekat dik. Elak jem".


Aku sengaja buka lagu kat handphone, buat2 ada orang kol aku.



"Waalaikumsalam ayah. Angah dalam teksi ni. Nombor plat teksi xxxxx, bergerak ke arah assdjdfdo. Jangan risau..angah ok. Ayah tengah buat roadblock dekat area mana? Pistol yang ayah bagi kat angah ni, angah jaga baik2. Guna masa darurat je. Ok2. Assalamualaikum..."


Sungguh tak logik aku ada pistol. Lantak lah..janji aku cuba psiko pakcik tu. Pemandu tu terus gelabah. Cepat2 dia keluar balik ke jalan yang betul.




"Eh pakcik, kenapa patah balik? Jem teruk kan kat sana?




"Er.. waktu macam ni tak jem kot."




Hahahahahahaha. Padan muka kau. Nak buat jahat tak agak2. So wanita di luar sana, kalau naik teksi tu, kol orang terdekat dan bagitahu nombor plat teksi, ke mana destinasi korang. Tapi jangan buat macam aku tu. Kol betul2 okies.



Pesanan daripada younique.

Blog bersih


Mentang-mentang #bersihstories tengah trending sekarang kat twitter, hot di facebook dan blog, aku pun nak juga cerita fasal ni? Sebab traffic? Heh. Semestinya tak. Kalau cerita fasal isu tu aku rasa dah banyak orang bagitahu kisah di sebalik perhimpuan bersih. Macam-macam pendapat dah aku tengok. Ada yang menyokong dan ada yang tak. Biasalah tu kan. Nama pun berbeza pendapat.

Okay2! Sekarang nak cerita fasal blog bersih. Bersih apa? Bersih daripada kontroversi, pergaduhan dan lain-lain. Bila berblogging ni kadang-kadang kita tak sedar post kita menyinggung orang lain dan mengundang kontroversi seterusnya blog pun jadi infamous. 

Best ke macam tu? Sangat tak bagus sebab popular gara-gara benda yang tak elok caranya. Aku seboleh-bolehnya nak lebih berhati-hati bila publish post dalam blog tersayang aku ni. Takut kalau menjadi bahan kutukan or whateva la kan.

Blog yang bersih ni kita kena jauhkan gosip, caci maki dan fitnah. Bak kata sham kamikaze di twitter,

@shamkamikaze Gunakan social network dgn hikmah. Ini bukan tempat bergossip dan menabur fitnah sesama Islam. Diam itu lebih baik dari berkata yg sia2. Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat semua.


Jangan mengejar traffic semata-mata. Aku pun masih belajar dunia blog ni (aku dah setahun join). Jom bersihkan diri dan hati. Kongsikan idea, cerita, teladan, tutorial berguna or apa-apa yang menarik untuk semua. Jauhi fitnah, gosip dan aktiviti kutuk mengutuk sesama kita. 


Ini ada benda nak share. erk..aku gelak dulu eh. Hahahahahahaha !!!! hem..okay. Ni fasal fungsi twitter. Bagi yang ada twitter tu termasuk aku kena tahu fasal ni.




Itu je. haha. Agak-agak korang chatting or kongsi maklumat? Kebanyakkan yang aku tengok lebih kepada chatting. Tak kisahlah...janji jangan banyak kes kutuk, fitnah and mengumpat.
Sekian, berita dilaporkan oleh youniqe.



Doodle comel daripada Tengku Puteri

Ehem2! Batuk-batuk sebab tengah demam selsema. Sakit-sakit ni yang bestnya sebab dapat something from Tengku Puteri !! Terus aku set header baru.



Comelnya aku........





Header pertama aku kat luar rumah





Header kedua aku dalam rumah. Dua-dua comel. Tak tahu nak pilih mana satu da....




Cantik gila kan? Memang mulut aku ni tak dapat tutup for a few minutes sebab teruja dan terharu tengok header yang begitu comel. Tengku puteri a.k.a Farhah Zaidah ni merupakan blogger yang rajin singgah ke blog tak seberapa aku ni, dan dia juga pernah dapat award follower ke 166 aku dulu.

Semalam tengku puteri ada buat header percuma untuk 10 yang terpantas dan kebetulan aku online dan tanpa banyak tanya cepat-cepat aku sediakan entri. Alhamdulillah dapat nombor tiga terpantas dan yang bestnya, header aku siap dulu. ekekek....rasa bertuah.

Cik tengku....saya nak edit sikit header ni untuk sesuaikan dengan blog saya ye..nak bagi nampak timbul macam header saya. Boleh kan? ha diam tu tanda setuju. hik hik.

Korang yang masih belum terjah blog tengku puteri, sila terjah sekarang. Kalau nak doodle, boleh request lah. Ala..cuma rm5..plus dengan 1 item tambahan. berbaloi tu.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah